1


Juliana Sophie binti Johari Evans, gadis berdarah kacukan Melayu Inggeris. Dilahirkan pada 5 Julai, 1989 di Shah Alam, Selangor. Mula melibatkan diri dalam bidang pengacaraan sejak berumur 12 tahun. Dikenali sebagai hos Remaja siaran TV3. Gosip terbaru mengatakan dia dan Zizan Raja Lawak sedang hangat bercinta.
Diana Danielle Danny Beeson, gadis berdarah kacukan Malaysia Amerika. Dilahirkan pada 22 November 1991 di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Antara filem dan drama yang melonjakkan nama beliau adalah Evolusi KL Drift, Magika, Air Mata Maria dan Janji Diana.
Maya Karin Roelcke, wanita berdarah campuran Melayu, Cina, India dan Jerman. Dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Jerman. Mula dikenali selepas membintangi filem Sri Dewi Malam dan filem yang terbaru lakonan beliau ialah Ombak Rindu.
Yasmin Hani Ismail Richardson, wanita berdarah campuran Melayu Inggeris. Dilahirkan pada 11 Jun 1979 di Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur. Seorang pengacara dan juga pelakon. Lebih dikenali dalam dunia pengacaraan melalui rancangan Muzik@Ria suatu ketika dulu.
Julia bt Bob Fauzi Ziegler, wanita berdarah campuran Melayu Amerika. Dilahirkan pada 21 May 1984. Berasal dari Ampang, Selangor. Seorang model dan pelakon. Antara filem yang dibintangi beliau adalah Cicakman dan Jangan Tegur.

sumber hafizrahim.com

Post a Comment Blogger

 
Top