0
artis indonesia murtad





Isu murtad biasa perkatakan di negara kita dan dipandang berat oleh sesetengah masyarakat. Tetapi berbeza sedikit di Indonesia dimana mereka berhak memilih agama untuk mereka anuti.
Di sini kami ingin kongsikan beberapa artis Indonesia yang menukar agamanya kerana cinta:-

CHRISTIAN SUGIONO
artis indonesia murtad
Christian Sugiono merupakan penganut agama Kristian manakala teman wanitanya, Titi Kamal pula dibesarkan dalam keluarga yang beragama Islam. Mereka telah bercinta selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Australia pada 6 Februari 2009. Christian dikatakan telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Titi. Perkara tersebut telah disahkan oleh ketua Rukun Tetangga di Jati Rahayu, Pondok Gede, Bekasi dimana dia menjadi saksi ketika Christian mengucap kalimah syahadah.

ANGELINE SONDAKH
artis indonesia murtad
Juara Puteri Indonesia 2001 ini dibesarkan di dalam keluarga penganut Kristian. Namun sejak bercinta dengan Adjie Massaid, Angelina telah mengambil keputusan untuk memilih Adjie sebagai teman hidupnya. Pada 29 April 2009, Angelina atau namanya panggilannya Angie dan Adjie telah selamat diijabkabulkan dan telah memeluk Islam. Setelah Adjie meninggal dunia, Angie dikatakan akan berkahwin dengan seorang pegawai Suruhanjaya Cegah Rasuah, namun sehingga kini khabar angin tersebut masih belum terjawab.

NAFA URBACH
 artis indonesia murtad

Artis kelahiran Jerman ini pernah berkahwin dengan bintang sinetron Zack Lee, pada 16 Februari 2007 di Gereja Immanuel, Jakarta. Namun sebelum dia bercinta dengan Zack Lee, Nafa pernah bercinta dengan seorang bintang sinetron, Primus Yustisio yang kini merupakan suami kepada pelakon Jihan Fahira. Ketika sedang hangat bercinta dengan Primus, Nafa telah memeluk agama Islam kerana kekasihnya. Nafa kemudiannya mengejutkan dunia hiburan Indonesia apabila hubungannya dengan Primus kandas di tengah jalan, dan Nafa telah murtad dan kembali menganut agamanya sebelum ini, Kristian.

HAPPY SALMA

Happy Salma dikatakan turut menukar agama apabila dia didakwa telah menganut agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasih hatinya, Tjokorda Bagus Dwi Santana Kerthyasa. Menurut dakwaan yang tersebar luas, Happy Salma dikatakan telah menjalani upacara menukar agama Hindu, yang dipanggil Sudhi Wadani sebagai pengesahan atau janji seseorang itu secara tulus dan ikhlas menganut agama Hindu. Happy dan Tjokorda secara rasminya telah berkahwin pada Oktober 2010.

LULU TOBING
artis indonesia murtad

Bintang sinetron Lulu Tobing juga tidak ketinggalan menjadi ‘korban’ cinta yang mengatasi segalanya. Lulu  merupakan isteri kepada Danny Bimo Hendro Utomo Rukmana. Keputusan yang dibuat Lulu untuk memeluk agama Islam telah menyebabkan keadaanya ayahnya, Basaruli Tobing yang sakit menjadi lebih buruk mendapat khabar anaknya telah memeluk agama Islam.


MENARIK UNTUK DILIHAT



Video budak sekolah ramai-ramai di hutan
Gambar Neelofa kantoi ketika basah
Izara Aishah buat tarian yang melampau

Post a Comment Blogger

 
Top