0

Emma Maembong: Foto Peluk Cium Itu Kisah Silam Saya
KUALA LUMPUR, 6 OKT 2012: Tidak sampai 6 bulan menempa nama dalam industri lakonan tempatan, pelakon Emma Maembong terus dihimpit kontroversi. Terbaru beberapa keping fotonya bercium dan berpelukan mesra dengan seorang lelaki telah tersebar luas di beberapa laman web.
Namun Emma Maembong, 20, yang mula dikenali dalam drama bersiri Kau Yang Terindah mengakui foto mesra yang cukup panas itu diambil ketika dia berusia belasan tahun dan masih bersekolah.
Emma Maembang yang dihubungi murai.com.my memberitahu semua gambar itu adalah kisah silamnya dan sebolehnya dia meminta agar semua pihak di luar sana tidak terus menghukumnya.
"Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 dan 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan culture shocked bila baru saja mengenal dunia.
"Saya akui gambar itu satu kesilapan dan saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan dan pasrah dengan apa yang berlaku," katanya kepada murai.com.my
Emma yang berdarah kacukan Scotland dan Melayu ini baru sahaja memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak Jun lalu menerusi drama Kau Yang Terindah.
Menurut Emma lagi, dirinya tidak seteruk yang dilihat di dalam foto kerana dia bukan seperti gadis sosial yang lain.
"Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan.
"Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu.
"Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya," luahnya yang memperkenalkan kekasihnya sebagai Adi Zaim, 21.
Mengenai perkemangan terbaru Emma, dia kini sedang menjalani penggambaran drama Rindu Rania untuk siaran TV3. 

Post a Comment Blogger

 
Top