Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By Facebook

0

Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni? (8 Foto) | Mungkin bagi sesetengah orang, garam mungkin kelihatan biasa dengan warna semulajadinya yang berwarna putih. Namun, tidak ramai yang tahu, garam boleh mempunyai pelbagai jenis warna contohnya seperti apa yang berlaku di tasik garam di San Francisco BayFenomena yang menarik ini boleh di lihat di San Francisco Bay. Sekiranya di lihat dari jarak yang jauh, ia akan kelihatan seakan-akan hamparan bunga tulip sedangkan ia tiada kena mengena dengan sebarang tumbuh-tumbuhan langsung. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni?
Sebenarnya, tempat yang kelihatan berwarna itu digunakan sebagai tempat pengestrakkan garam dari air laut. Dalam kolam buatan tersebut, air akan disejat oleh cahaya matahari dan meninggalkan butiran halus garam yang terhablur, alga berwarna, dan mikro-organisma. Warna garam yang terhasil juga bergantung kepada tahap kemasinan.
Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni?
Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni?
Kolam dengan tahap kemasinan yang rendah dan sederhana akan mempunyai warna kehijauan atau merah jambu, manakala pada tahap kemasinan yang tinggi, air garam yang berwarna merah akan terhasil.
Pelik! Mengapa Tasik Garam Ini Berwarna Warni?
Selain itu, cuaca juga akan mempengaruhi warna di dalam air. Sekiranya hujan turun dengan lebat pada suatu ketika, pigmen dalam palet garam akan berubah dan tiada warna yang akan terhasil.

MENARIK UNTUK DILIHAT

ExtraClassifieds.com - Free Classifieds USA - Buy & Sell, post Your free classified ad Now

Post a Comment Blogger

 
Top