Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By Facebook

1

 Fakta:BUMI TIDAK MENGELILINGI MATAHARI
 Fakta:BUMI TIDAK MENGELILINGI MATAHARI SebenarnyaSumber Cedokan: Pelbagai

Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di dada-dada media, di bangku-bangku sekolah, di bilik-bilik kuliah peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa? 

Sehingga hari ini... bukankah pernyataan "Bumi mengelilingi matahari" masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? YA, MASIH SEKADAR TEORI!!! Pernahkah ia benar-benar terbukti secara sainstifik dan pancaindera? Jawapannya... tidak pernah.

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa oleh NASA dan konco2 nya yakni saintis-saintis sekular terpaksa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak pula ia dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan?

Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandagannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Sebenarnya, ada banyak buku-buku yang sedang berada di pasaran boleh menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah... perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan melalui buku-buku ini adalah lebih sesuai dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan al-Qur'an, as-Sunnah, serta perkataan para ulama Ahli Sunnah wal-Jama'ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara?

Pernahkan Allah menyatakan di dalam al-Qur'an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" [Surah Yaasin : Ayat 38]

Soalan cepumas: Pernahkah kita jumpa di dalam Al Quran ayat yang menggambarkan bumi mengelilingi matahari? 

Saya bukanlah pakar tentang tafsiran dan terjemahan Al Quran... mungkin sebab tu saya belum lagi menemui mana-mana ayat yang mengatakan bumi bergerak mengelilingi matahari.

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari duduk di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Juga terdapat teori yang mengatakan sambil bumi mengelilingi matahari, sistem matahari itu sendiri bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (milky way galaxy). Mmm... ntah la. 

Benarkah bumi mengelilingi matahari? Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat Saintis-Saintis Sekular... Kita percaya kerana sains kononnya telah membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli-ahli sains diseluruh dunia. Benarkah begini?

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori "mereka" itu salah. Itu adalah masalah yang sebenar. "Mereka" dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa??? Siapa nak percaya cakap kita??? Tanpa bukti... kata "mereka". Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua itu boleh dibuat. Akhirnya cerita-cerita rekaan ini diterimapakai sebagai fakta?

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. 

Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Benarkah ini yang berlaku? Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad selepas itu tanpa sebarang bantahan. 

Sekitar abad ke 14 Masehi, tiba-tiba muncul pulak COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Pihak Gereja pun pada mulanya menentang. Namun pendapat ini mula mendapat sokongan Gereja sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER. Siapakah Kepler ini?

Ironinya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham maksud saya ini!! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian yakni Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian melalui kitab Injil yang telah diubah-suai. Pada waktu itu bermulalah zaman pencerahan eropah (Rennaisance). Mereka memburuk-burukkan sarjana Islam sambil pada masa yang sama mencuri ilmu-ilmu dan mengaku pulak merekalah yang memulakan revolusi ilmu.

Sekadar maklumat tambahan untuk difikir2 kan:

Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu.
Surah Al-Rad (ayat 2)

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. 
Surah Az Zumar (Ayat 5)

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing 
Al-Anbiya (Ayat 33)

Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)

Maka... ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar mengelilingi matahari? Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak

Sumber :facebook
Allahu'alam... Wassalam

MENARIK UNTUK DILIHAT

ExtraClassifieds.com - Free Classifieds USA - Buy & Sell, post Your free classified ad Now

Post a Comment Blogger

 
Top